OBJEKTIF
OBJEKTIF PELAKSANAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH ABAD KE-21
OBJEKTIF PELAKSANAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH ABAD KE-21
3.1 Menggalakkan pelbagai
aktiviti pembelajaran di PSS. Guru-guru digalakkan menggunakan kemudahan pusat
sumber sekolah dalam aktiviti yang berkaitan dengan
pembelajaran.
Aktiviti galak guna dalam meningkatkan pembelajaran kendiri dan
pencarian maklumat dengan menggunakan
kemudahan yang terdapat di PSS.
3.2 Meningkatkan tahap
pembacaan melalui pelbagai sumber PSS menjadi pemangkin kepada pembelajaran
kendiri dengan memperbanyakkan bahan bacaan berbentuk cetak, bukan cetak dan
digital. Kepelbagaian sumber pencarian maklumat dapat mewujudkan suasana kondusif
dan menggalakkan murid membuat rujukan dengan berkesan.
3.3 Kemenjadian murid pembelajaran
dan kemahiran mencari ilmu melalui pelbagai sumber dapat menggalakkan murid
mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat. Hal ini membolehkan mereka bersedia mengikut
proses pembelajaran dan seterusnya bersedia untuk bersaing dalam dunia
pekerjaan.
No comments:
Post a Comment