PENGENALAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
ABAD KE-21
Pusat sumber sekolah (PSS)
merupakan pusat mengakses maklumat yang mengandungi pelbagai sumber
cetak dan bukan cetak, elektronik dan digital yang diurus secara sistematik bagi
menyokong kualiti pengajaran dan pembelajaran. Dasar pengurusan PSS diwujudkan
ialah untuk memastikan PSS mempunyai koleksi yang menepati piawaian,
terkini, diurus dengan cekap dan berkesan serta digunakan secara optimum.
Pengurusan PSS merangkumi
elemen perolehan dan pemprosesan bahan, perkhidmatan, pengesanan
dan pendokumentasian sesuai dengan perkembangan teknologi masa
kini.
PSS diurus melalui pengurusan
kualiti secara menyeluruh (Total Quality Management).
Pentadbir sekolah dan Guru
Perpustakaan dan Media (GPM) perlu bekerjasama dalam
memastikan PSS dapat diurus
dengan cekap dan efektif agar sekolah menjadi tempat
yang menyeronokkan. Keadaan ini
dapat menggalakkan pembelajaran kendiri (self-
learning) terhadap guru dan murid
melalui capaian sumber maklumat yang begitu
banyak dan pelbagai. Di samping
itu, murid dapat merangsang pembelajaran dan
menghasilkan idea-idea yang
bernas dan pragmatik.
No comments:
Post a Comment