Monday, 28 October 2019


 
PROGRAM BACAAN DI SKAS
 

 

 
Pihak PSSB dalam usaha menerapkan budaya membaca dalam kalangan warga sekolah khasnya murid-murid seawal Tahun 1 lagi. Pelbagai aktiviti yang dijalankan untuk merealisasikan harapan ini antaranya ialah:-

1. Program BAWAL - Bacaan Awal Pagi di tapak perhimpunan selama 5 minit sebelum sebarang maklumat disampaikan oleh guru bertugas.
2. Skuad Buku akan mengeluarkan "Peti Harta Karun" yang berisi bahan bacaan yang disumbangkan oleh Perpustakaan Desa yang berhampiran.
3. Program JOM BACA 10 MINIT dijalankan serentak mengikut masa yang ditetapkan.
4. Sudut Pustaka Mini Kelas diwujudkan di dalam kelas-kelas bagi memudahkan murid-murid membaca dan meminjam buku di waktu senggang mereka.
5. Membaca dan merekod bahan bacaan ke dalam Buku Rekod Nilam menjadi rutin harian kerana Program NILAM ini merupakan program pihak KPM yang mewajibkan semua sekolah menjalankannya.
6. KLINIK NILAM diadakan bagi murid-murid yang berpotensi untuk menjadi calon Tokoh Nilam bagi tahun semasa.
7. Aktiviti Pengucapan Awam turut diadakan di Sudut Pidato sekolah bagi menggalakkan murid mengeluarkan pandangan dan idea bernas di khalayak ramai.

No comments:

Post a Comment

Agenda Mesyuarat PSS Bil 1/2020

 Agenda Mesyuarat PSS Bil 1/2020 Mesyuarat kali pertama amat penting kerana mesyuarat ini merupakan mesyuarat kali pertama PSS membentangkan...