Monday, 28 October 2019



 

 

 



Perjumpaan dan taklimat sentiasa diberikan oleh GPM kepada para pengawas PSS supaya dapat memastikan mereka menjalankan tugas dengan baik. Peluang ini juga digunakan untuk membincangkan masalah yang timbul sama ada semasa bertugas di dalam PSS ataupun masalah pembelajaran mereka sendiri. Sebagai pemimpin kecil yang dilantik, mereka perlu bersiap sedia untuk menjalankan apa-apa tugas yang diberikan dengan penuh berdedikasi. 

Tindakan : GPM dan AJK Badan Disiplin



Program Bacaan Awal Pagi yang dijalankan pada setiap hari Selasa hingga Jumaat memberi peluang kepada 4 panitia mata pelajaran untuk menjalakan aktiviti bersama murid-murid 5 minit sebelum masuk ke kelas. Antara aktiviti panitia yang terlibat ialah :

Hari Selasa : Pengucapan Awam - Bahasa Melayu
Hari Rabu : Program Highly Immersive Programme (HIP) - Bahasa Inggeris
Hari Khamis : Bijak Sifir - Matematik
Hari Jumaat : Bacaan surah lazim - Pendidikan Agama Islam

Tindakan : AJK Program Bacaan Unit PSS




 

Program Orientasi PSS untuk murid Tahun 1 dijalankan supaya murid dapat mengenal dengan lebih dekat tentang pusat sumber sekolah. Murid-murid diberi taklimat tentang :

1. Cara masuk dan keluar dari PSS.
2. Peraturan-peraturan yang ditetapkan semasa berada di PSS.
3. Cara menggunakan kemudahan di dalam PSS.
4. Memperkenalkan ruang-ruang yang terdapat di dalam PSS
5. Memperkenalkan susun atur dan cara menyusun buku dengan kemas dan betul.
Murid-murid juga di bawa ke bilik-bilik khas yang merupakan Rangkaian PSS SKAS seperti bilik komputer, bilik Muzik dan sebagainya.

Tindakan : GPM dan AJK Perpustakaan Unit PSS

No comments:

Post a Comment

Agenda Mesyuarat PSS Bil 1/2020

 Agenda Mesyuarat PSS Bil 1/2020 Mesyuarat kali pertama amat penting kerana mesyuarat ini merupakan mesyuarat kali pertama PSS membentangkan...