Sunday, 12 April 2020
Saturday, 11 April 2020
PERANAN AJK
Kejayaan Program NILAM sangat bergantung kepada kepimpinan dan kerjasama semua warga sekolah.
Seorang Guru Besar mempunyai peranan besar dalam mempengaruhi setiap individu di sekolahnya. Kepimpinan seorang guru besar mampu merubah hala tuju, membentuk iklim pembelajaran dan mempengaruhi tahap profesionalisme guru-guru dalam pelaksanaan tugas serta pencapaian pelajar. Guru Besar selaku pemimpin sekolah memainkan peranan penting dalam menggerak dan menjayakan program NILAM.
Guru Perpustakaan Media (GPM) memainkan peranan penting sebagai suri teladan terutama dalam pelaksanaan proses P&P yang menjurus kepada pembacaan aktif. GPM perlu sentiasa mempromosi Program NILAM dalam apa jua bentuk dan perlu dikenali oleh warga sekolah sebagai penggerak utama NILAM selain pemimpin sekolah. Biarlah dikenali sebagai ‘Hantu NILAM’ atau ‘cikgu yang selalu suruh membaca’. Jadikan NILAM sebagai bahan yang ditutur di bibir. Bersikaplah sebagai guru yang banyak membaca dan mungkin menjadi idola kepada kebanyakan murid. GPM juga perlu bersifat inovatif dan kreatif dalam pelaksanaan aktiviti. Rancanglah aktiviti berteraskan pembacaan dan literasi maklumat yang bersesuaian dengan budaya sekolah .
Kolaborasi dengan panitia dan unit-unit lain di sekolah contohnya laluan-laluan ilmu yang diusahakan oleh panitia-panitia mata pelajaran akan menukarkan panorama sekolah kepada suasana ceria dan bermaklumat.Pemuafakatan dan ikatan antara warga sekolah akan lebih erat terjalin. Guru-guru di sekolah mempunyai pengaruh yang besar kepada murid-murid di sekolah.. Guru-guru yang banyak membaca lebih banyak idea, bersikap kreatif, luas pengetahuan dan mampu memberi sumbangan besar kepada kecemerlangan sekolah.

Friday, 3 April 2020
KEWANGAN
KEWANGAN
A.5 KEWANGAN PSS :
5.1 Mengoptimumkan penggunaan Geran Perkapita (PCG) untuk pembangunan koleksi bahan di PSS Bantuan Geran Perkapita (PCG) merupakan bantuan kewangan yang diperuntukkan kepada setiap murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan.
Penggunaan Geran Perkapita (PCG) Pusat Sumber Sekolah (bukan Mata Pelajaran) adalah seperti berikut:
1. Pembelian bahan inventori dan bahan habis guna bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.
2. Pembelian buku rujukan, ensiklopedia, perisian, cakera padat, dan lain-lain yang bersesuaian dengan tujuan pengajaran dan pembelajaran.
3. Penyelenggaraan dan pembaikan inventori dan harta modal yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran.
4. Program berunsurkan pendidikan yang memberi pengukuhan kepada proses pengajaran dan pembelajaran sama ada semasa cuti persekolahan atau hari persekolahan.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Agenda Mesyuarat PSS Bil 1/2020
Agenda Mesyuarat PSS Bil 1/2020 Mesyuarat kali pertama amat penting kerana mesyuarat ini merupakan mesyuarat kali pertama PSS membentangkan...
-
PROGRAM BACAAN DI SKAS Pihak PSSB dalam usaha menerapkan budaya membaca dalam kalangan warga sekolah khasnya muri...