Wednesday, 20 January 2021

Agenda Mesyuarat PSS Bil 1/2020

 Agenda Mesyuarat PSS Bil 1/2020

Mesyuarat kali pertama amat penting kerana mesyuarat ini merupakan mesyuarat kali pertama PSS membentangkan hala tuju dan tindakan yang perlu diambil oleh GPM dan ahli jawatankuasa.

Agenda:

1. Pelantikan AJK Induk dan AJK Kerja

2. Maklumat tentang PSS:

1. Jumlah sebenar bahan buku dan bahan bukan buku, 

2. Jadual Penggunaan PSS mengikut kelas

3. Rekod Penggunaan PSS dan sebagainya

3. Pelaksanaan aktiviti :

1. Aktiviti yang telah dijalankan pada tahun sebelumnya

2. Aktiviti yang tidak dapat dijalankan

3. Masalah yang dihadapi dan langkah penyelesaian dan penambahbaikan.

4. Aktiviti sepanjang tahun semasa.


Bahan rujukan berkaitan fail PSS:

8 Fail Pusat Sumber Sekolah UPDATE 2020

https://www.pusatsumberkl.com/2020/02/8-fail-pusat-sumber-sekolah-update-2020.html?m=1

Tuesday, 19 January 2021

SELAMAT TAHUN BAHARU 2021

 Sesi persekolahan bagi tahun 2021 sudah bermula. 

20/1/2021 - PKPB 

PdPR dijalankan. Selamat belajar secara dalam talian. 


Sunday, 27 December 2020

LAPORAN AKTIVITI PUSAT SUMBER 2020

Terima kasih kepada semua warga sekolah yang telah memberikan sokongan dan kerjasama yang sangat cemerlang kepada PSSB sepanjang tahun 2020.

Disember 2020

Seramai 12 orang Pengawas PSS dilantik pada tahun hadapan (10 orang murid Tahun 2 dan 2 orang murid Tahun 6). Perkhidmatan PPS 2020 yang lain dikekalkan.  Tahniah. 

Majlis Apresiasi Ringkas untuk Pengawas PSS Tahun 6 diadakan sebagai tanda penghargaan atas kerjasama yang diberikan kepada pihak sekolah. Terima kasih. Semoga kalian terus mencipta kecemerlangan dan jadilah murid yang berketrampilan di masa hadapan. 


November 2020

Tokoh Nilam bagi Kategori Bahasa Melayu - Aina Qistina Alisha (5 Arif)

Tokoh Nilam bagi Kategori Bahasa Inggeris - Devandraj a/l Mohanthas (5 Arif)

Klinik Nilam dan pemilihan calon Tokoh Nilam Peringkat Sekolah 2020 telah dijalankan dengan lancarnya sepanjang minggu.  Tahniah.

Sepanjang tahun

Program Galakan Membaca Nilam dijalankan sepanjang tahun dengan mematuhi pelaksanaan program Nilam Baharu yang ditetapkan. Walaupun penggunaan buku rekod Nilam tidak lagi diguna pakai tetapi pihak PSSB masih menggunakan buku yang masih ada sebagai menghabiskan bekalan stok buku yang telah dibuat sebelum ini. Tahniah. 

Sepanjang PKP akibat wabak Covid19, pihak PSSB membangunkan e-Nilam bagi tujuan perekodan bacaan murid sepanjang berada di rumah.

Sambutan Hari Kemerdekaan Norma Baharu



Projek keceriaan di PSSB berjalan dengan lancarnya. Kerja-kerja menceriakan PSSB dijalankan oleh guru yang merupakan AJK Keceriaan dan Kebersihan PSS. Terima kasih. 


Test Run IQNilam
Aktiviti ini dijalankan dalam tempoh masa yang diberikan oleh pihak USTP Daerah untuk melihat sejauhmana keberkesanan perekodan secara maya dalam kalangan murid-murid khasnya di Negeri Perak. 





Pihak PSSB menyokong semua siri Webinar berkaitan Pusat Sumber yang diadakan secara dalam talian. Terima kasih atas perkongsian ilmu. 


Pameran bertema: Covid19



April - November 2020

Persediaan PSSB mengikut norma baharu - Covid19




Program Galakan Membaca Kebangsaan
Jom Baca 10 Minit Peringkat Kebangsaan

Program Ziarah Cakna
Jom ke Sekolah

Hari Sukan Sekolah - Gerai Jualan PSSB



Keceriaan luaran dan dalaman PSSB



Mac  2020
Kursus Kepemimpinan Pengawas Sekolah dan Pengawas PSS.









Februari 2020

Majlis Pelantikan Rasmi Pengawas PSSB Sesi 2020






Saturday, 11 April 2020

PERANAN AJK

Kejayaan Program NILAM sangat bergantung kepada kepimpinan dan kerjasama semua warga sekolah. Seorang Guru Besar mempunyai peranan besar dalam mempengaruhi setiap individu di sekolahnya. Kepimpinan seorang guru besar mampu merubah hala tuju, membentuk iklim pembelajaran dan mempengaruhi tahap profesionalisme guru-guru dalam pelaksanaan tugas serta pencapaian pelajar. Guru Besar selaku pemimpin sekolah memainkan peranan penting dalam menggerak dan menjayakan program NILAM.
Guru Perpustakaan Media (GPM) memainkan peranan penting sebagai suri teladan terutama dalam pelaksanaan proses P&P yang menjurus kepada pembacaan aktif. GPM perlu sentiasa mempromosi Program NILAM dalam apa jua bentuk dan perlu dikenali oleh warga sekolah sebagai penggerak utama NILAM selain pemimpin sekolah. Biarlah dikenali sebagai ‘Hantu NILAM’ atau ‘cikgu yang selalu suruh membaca’. Jadikan NILAM sebagai bahan yang ditutur di bibir. Bersikaplah sebagai guru yang banyak membaca dan mungkin menjadi idola kepada kebanyakan murid. GPM juga perlu bersifat inovatif dan kreatif dalam pelaksanaan aktiviti. Rancanglah aktiviti berteraskan pembacaan dan literasi maklumat yang bersesuaian dengan budaya sekolah .
Kolaborasi dengan panitia dan unit-unit lain di sekolah contohnya laluan-laluan ilmu yang diusahakan oleh panitia-panitia mata pelajaran akan menukarkan panorama sekolah kepada suasana ceria dan bermaklumat.Pemuafakatan dan ikatan antara warga sekolah akan lebih erat terjalin. Guru-guru di sekolah mempunyai pengaruh yang besar kepada murid-murid di sekolah.. Guru-guru yang banyak membaca lebih banyak idea, bersikap kreatif, luas pengetahuan dan mampu memberi sumbangan besar kepada kecemerlangan sekolah.

Friday, 3 April 2020

KEWANGAN

KEWANGAN 
A.5 KEWANGAN PSS :
 5.1 Mengoptimumkan penggunaan Geran Perkapita (PCG) untuk pembangunan koleksi bahan di PSS Bantuan Geran Perkapita (PCG) merupakan bantuan kewangan yang diperuntukkan kepada setiap murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan. 

Penggunaan Geran Perkapita (PCG) Pusat Sumber Sekolah (bukan Mata Pelajaran) adalah seperti berikut: 
1. Pembelian bahan inventori dan bahan habis guna bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. 
2. Pembelian buku rujukan, ensiklopedia, perisian, cakera padat, dan lain-lain yang bersesuaian dengan tujuan pengajaran dan pembelajaran. 
3. Penyelenggaraan dan pembaikan inventori dan harta modal yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran. 
4. Program berunsurkan pendidikan yang memberi pengukuhan kepada proses pengajaran dan pembelajaran sama ada semasa cuti persekolahan atau hari persekolahan.



Agenda Mesyuarat PSS Bil 1/2020

 Agenda Mesyuarat PSS Bil 1/2020 Mesyuarat kali pertama amat penting kerana mesyuarat ini merupakan mesyuarat kali pertama PSS membentangkan...